About Me

My photo
Seorang yg penyabar, penyayang.. menyintai suami dan anak sepenuh hati..

16 August 2011

" Kenapa?? "

" mengapalah pada bulan puasa bulan yang mulia ini masih ada lagi manusia yang cuba menyakiti hati orang lain?? adakah mereka berpuas hati dengan menyakiti hati insan lain?? adakah hidup mereka akan bahagia bila mencipta sebuah perasaan sedih terhadap insan lain?? adakah pahala yang mereka perolehi dengan berbuat demikian?? hanya Allah swt shj yang akan membalasNYA segala perbuatanNYA.. Moga mereka diampuni :)
bertaubatlah sebelum terlambat :) "

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
" Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu " (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

" Sesungguhnya orang mukmin dengan akhlaknya yang baik akan mendapatkan kedudukan yang sama dengan orang yang (rajin) melaksanakan puasa dan shalat malam " (Riwayat Abu Dawud)

" Penyebab utama masuknya manusia ke surga adalah bertakwa kepada Allah dan kebaikan akhlaknya " ( Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah )

" Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dari pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya " ( Riwayat At-Tirmidzi )

" Untuk keamanan, kebahagiaan dan kedamaian hidup di dunia dan Akhirat, manusia perlu model atau contoh untuk diikuti. Justeru manusia, walaupun telah ALLAH bekalkan fitrah ingin mencintai dan dicintai tidak akan dapat melakukannya dengan sempurna jika tidak ada contoh. Begitulah rahmat dan kasih sayang ALLAH. Sentiasa menunjukkan jalan-jalan keselamatan buat hamba- hamba-Nya. Tinggal lagi apakah manusia itu mahu atan tidak mahu mencontohinya, itu sahaja "

No comments:

Post a Comment

Followers