About Me

My photo
Seorang yg penyabar, penyayang.. menyintai suami dan anak sepenuh hati..

19 August 2011

" Mungkinkah Itu Satu Bahagia "


sesiapa sahaja impikan kebahgiaan, tidak kira kebahgiaan dalam kekeluargaan, rumah tangga mahupun kebahgiaan dalam hubungan berpacaran.
BAHAGIAKAH??
kadang-kadang bahagia yang dicari belum tentu akan bahagia, contohnya dalam aspek kekeluargaan. nampak macam bahagia tapi sebaliknya. belum tentu ada anak,  dan memiliki harta benda kita dah di katogerikan " bahagia " kita perlu pikir.. bahagia tu bukan kerana harta benda sahaja tapi kita kena memiliki hati yang bersih, yang tidak terpesong dari agama islam. contohnya duit yang kita perolehi adakah dari jalan yang halal?? bahagiakah kita jika kita memperolehi harta benda dari jalan haram?? fikir-fikirkan.... :)
dalam aspek berumah tangga pula, siapalah yang mendirikan rumah yang tidak menginginkan kebahgiaan?? siapa?? mana ada.. semua pasangan inginkan kebahgiaan. ada ke nak kahwin hanya semata-mata kerana nafsu?? mungkin ada tapi tidak semua. kebiasaaannya apakah punca pasangan itu tidak bahagia? adakah kerana kurang keserasian atau kurang kasih sayang yang patut diberikan pada setiap individu?? kita kena renung-renungkan kenapa banyak penceraian belaku.. 
dalam aspek berpacaran pula pastilah kebahgiaan sewaktu berpacaran hendak di bawa sampai ke jinjang pelamin, tapi apa yang di idam-idamkan terputus di tengah jalan. adakah perempuan yang salah atau lelaki yang salah atas sebab perpisahan? apa yang penting dalam berpacaran itu harus ada kesetiaan, kesefahaman, kejujuran dan yang paling penting bertolak ansur.. apalah ertinya bercinta jika kebohongan jadi makanan untuk teruskan hubungan bercinta.. kalau macam tu maknanya bukan cinta tapi simpati.. simpati kerana takut si dia terluka.. pada sesiapa yang rasa macam tu baik berterus teranglah.. janganlah sakiti hati-hati yang tidak berdosa.. :) satu pesanan saya, belajarlah menyayangi seseorang secara sederhana, jangan terlalu sayang, takut memakan diri sendiri.. bila dah kecewa tidak dapat mengawal emosi.. selamat menCUBA
disini saya cuma nak share pendapat.. kepada sesiapa yang terasa hati akan perkara yang disebutkan diatas harap dapat maafkan saya, kerana manusia didunia Allah ni tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.. harap dapat maafkan saya
sekian
terima kasih
Assalammualaikum :)

buat tatapan semua
daripada  
quejuemie

No comments:

Post a Comment

Followers